Rambut digayakan ala-ala artis Korea, ada juga yang warna berkarat. Perasan handsome agaknya. Tapi apa yang dia tidak perasan ialah mukanya Melayu totok, berkerutu dengan jerawat pula tu, hidung penyek, kulit gelap.
Terkadang bersidai di kaki lima bersama rokok terkepit di antara jari. Bergurau senda dan melawak tanpa ada isi.
Cis, rimas mata memandang.
Itu yang jantinanya 'XY'.
Bagi yang 'XX' pula:
Bertudung, tapi berlengan pendek.
Bertudung, tapi kontot tudungnya sontot pula bajunya.
Bertudung, berlengan panjang tapi sendat pula hingga nampak susuk tubuh. Tudung tu, trend aja agaknya.
Jika berkumpul dengan rakan-rakan sebaya, mengilai mengalahkan pontianak.
Kedua-dua jantina ini apabila bercampur, bertepuk tampar tanpa ada rasa berdosa.
Adoi ... sakit mata aku nih tiap-tiap hari nampak makhluk ini berkeliaran. Keluar sahaja pintu ofis, inilah yang pertama dilihat. Sama juga setiap pagi ketika sampai ke pejabat.
Tidak kiralah penduduk setempat atau budak-budak kolej berdekatan tempat aku bekerja ni. Beginilah gayanya.
Malang sungguh!
1 comment:
remaja sekarang sudah tidak kisah; hilang seni wanitanya. kadang-kadang muka lawa tetapi pakwenya muka macam 'siput sedut' (dipinjam daripada istilah seorang penceramah). dah tak kisah dah... janji couple.
lelaki pula bila dah berkawan terlampau dengan perempuan, lembutnya mengalahkan sotong! awww...
inilah akibat diikut trend rosak 110%! syariat? hmmm tak nak ambil pusing, nanti kengkawan kata old timer.
Post a Comment