Petang tadi, ketika pulang kerja saya singgah di kedai Speedmart untuk membeli roti. Setelah keluar dari pasar raya itu, saya segera memasuki kereta. Belum sempat menghidupkan enjin, tingkap di sebelah penumpang diketuk seseorang.
Seorang lelaki tua berjanggut lebat sedang berkata sesuatu dalam bahasa yang tidak saya faham. Saya menurunkan tingkap sebanyak dua inci. Saya berhati-hati, mana tahu kalau dia bukan orang baik-baik.
"#$%@# mau makan," ujarnya. Bahasa Urdu mungkin.
Berbaju kelabu berjalur halus. Sudah kusam. Di tangan kanannya ada seutas tasbih.
"#$%@# mau makan," katanya lagi. Dua perkataan hujung itu saja yang saya faham.
Saya tidak pasti sama ada dia benar-benar terdesak atau sekadar lakonan sengaja mahu tagih simpati orang ramai.
Malas saya hendak memikirkannya, saya lantas menghulurkan sedikit wang. Memikirkan sudah lama saya tidak bersedekah, saya hulurkannya juga barang seringgit dua. Jika dia menipu, itu urusannya dengan Tuhan.
Sebaik saya menghulur duit itu melalui tingkap yang sedikit terbuka, dia berlalu pergi ke sebuah kereta lain. Perkara sama diulang kepada pemandu itu. Dalam sehari berapa ringgit agaknya pendapatan yang diraihnya.
"Mudahnya nak cari duit," saya mengomel, walaupun cuba bersangka baik. Tercalar sedikit jariahku hari ini kerana mengungkitnya! Aduh, susah mahu dibuang mazmumah diri yang sudah bersarang teguh!
2 comments:
tu laa, skang ni cam2 cara org mintak sedekah, aritu ade org dtg umah, kata student UIA dr Palestin, siap citer nangis2 kata susah hidup xde sponsor. then bwk kuar ukiran kayu nama Allah & Muhammad, katanya bukan utk dijual tp just sedekah. kebetulan dlm wallet xde duit kecik just note RM50 jek (dan itulah saje duit utk blanja bln ni) bile hulur duit kt dia & pegang ukiran kayu tu, dier kata klu nk sedekah ukiran kayu tu RM138! pulakk.. kata x jual! last2 letak blk ukiran kayu tu, ckp kt dier ikhlas.. dia pon blah.. then tiba2 sya pulak rasa nk nangis.. huhu, kena puasa lee pasni.
Sabor je la poj ... :)
Post a Comment