Wednesday, January 5, 2011

Hamzah ...

Bar Gelintar Dewan Eja Pro pada komputer saya ini amat membantu kerja-kerja penyuntingan saya. Tidak lagi terkial-kial menyelak Kamus Dewan yang tebal itu. Untuk memastikan betul atau tidak ejaannya, klik saja pada Bar Gelintarnya. Sudah dua tahun saya menggunakannya. Amat bagus bagi sesiapa yang kerjanya bermain dengan bahasa setiap hari. Sangat membantu! Sesiapa yang berminat bolehlah membeli perisiannya.

Apa pun, bukan itu yang nak saya ceritakan.

Saya hendak mencari makna satu perkataan ini pada gelintar tersebut. Terlajak skrol saya, saya terhenti pada perkataan hamzah.

Wah, hebatnya. Nama hamzah pun boleh masuk dalam daftar kamus ini. Kenapa nama orang lain tak ada, mesti glamour habis tokoh ni. Itu fikir saya yang jumud ini (macam mana saya boleh jadi editor pun saya tak tau ... lembap!) Mesti nama ini special, fikir saya lagi.

Lalu saya pun klik pada nama hamzah itu untuk mencari siapa dia hamzah ini, mungkin ada linknya dari enjin carian Internet. Laaa ... rupa-rupanya hamzah yang dimaksudkan ialah:

1. huruf ke-28 abjad Arab; 2. huruf ke-33 abjad Jawi

Isy, mengapalah tak terfikir dek saya. "Dah tua aku nih!" itu aje jawapannya.

3 comments:

Unknown said...

hmm.. GELINTAR, 1st time dengo ayat ni.. hehe (maklum ler vocab kurengg) tanye Mr. Wiki... ooooooo, itu maksudnye. puas menggelintar akhirnye jumpa maksud gelintar.. ahaks

SMM said...

lam alif hamzah ya hehe :)
saya kini guna rujukan online
http://prpm.dbp.gov.my/default.aspx

SURAIYA PAUZI said...

Poj,
Masa mula2 install software ni dulu pun saya tergelak dengan perkataan 'gelintar' ni. Cam lawak jek bunyinya. Lama2 dh biasa tak le rasa janggal sgt.

Mynie,
Sblm ada Dewan Eja Pro ni mmg saya guna rujukan DBP online tuh. Tp sakit hati time Internet slow dan x dpt akses... lega bila dh ada software ni. DBP bg free, kalau tak mmg x beli pun & mmg x tau pun kewujudannya. Hrga kalau tak silap RM250 (harga dulu) skrg x pasti, tp boleh diupgrade dari semasa ke semasa. Very helpful!