Tuesday, April 19, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011

Kehangatan Pesta Buku Antarabangsa 2011, semakin terasa. Pesta yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan penerbit tanah air, kini kembali dan akan berlangsung selama 10 hari bertempat di PWTC.


PBAKL 2011 akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2011. Maka penerbit-penerbit yang menyertainya akan berkampung di PWTC sepanjang tempoh itu.


Bagi kami di Galeri Ilmu Sdn. Bhd., suasana sibuk makin ketara. Masing-masing sibuk melunaskan tugas yang terpikul di bahu. Ada yang terpaksa kerja overtime hingga kesihatan pun terjejas.


Kerja-kerja 'last minute' sentiasa ada. Itu fitrah dunia penerbitan yang tidak boleh kita elakkan.


Baru sebentar tadi saya menerima panggilan daripada Ustaz Zul Ramli penulis buku U-Turn ke Jalan Lurus, bertanyakan khabar buku terbarunya R&R di Lebuh Raya Kehidupan yang kami sasarkan untuk berada di rak PBAKL nanti.


Buku beliau itu masih dalam proses cetak. Harapan kami, kalau tidak sempat ada pada hari pertama pun, sekurang-kurangnya pada separuh hari-hari berikutnya, buku ini sempat ada di PBAKL.


"Ustaz, untuk buku ustaz seterusnya, ustaz jangan last minute ya ... " ujar saya. Ustaz ketawa di hujung talian.


"Bukan apa ustaz, kalau last minute, macam ni lah jadinya. Kita tak sempat nak semak betul-betul ... kita kena ada tempoh yang selesa untuk semak," tambah saya lagi. Ustaz ketawa lagi, barangkali terasa saya memerlinya.


Buku R&R Di Lebuh Raya ini, agak tebal. Itu yang kami khuatirkan kerana semakin tebal buku, semakin lama masa diambil untuk mencetaknya.


"Nanti ustaz datang ye ke Pesta Buku."


"Datang macam mana kalau buku tak ada."


"Tu la ustaz, lain kali tak boleh last minute.


Ustaz gelak.


"Tak ada buku pun, ustaz kena datang. Tunjuk muka bagitau 'buku, coming soon," saya berseloroh. "Ustaz kena doalah sama-sama, moga buku ustaz sempat siap. Mana-mana yang dah siap tu, kita terus angkut ke Pesta Buku."


Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum PBAKL bermula. Masih ada satu, dua buku berbaki yang masih dalam proses pembaikan isi kandungan. Mudah-mudahan sempatlah berada di rak PBAKL, setidak-tidaknya pun pada hari-hari akhir pun sudah kira berbaloi.


Mudah-mudahan PBAKL 2011 berjalan lancar.


Seorang lagi penulis kami (penulis buku Labbaikallah, Tuan Haji Zainal Haji Bujang sehari dua lepas menghantar SMS kepada saya bertanyakan khabar. Beliau ketika itu berada di Tanah Suci. Saya segera merembat peluang itu dan membalas SMS beliau, "Tuan Haji tolong doakan PBAKL nanti berjalan lancar. Doa orang musafir apatah lagi di Tanah Suci sangat makbul."



"Insya-Allah. Akan saya doakan," balas beliau. Alhamdulillah.


Bagi anda yang bercadang ke PBAKL, sudi-sudikan diri singgah ke booth Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Diskaun menarik menanti anda. Booth kami kali ini tidak sukar dicari. Lokasinya betul-betul di pintu masuk sisi, tidak jauh dari pintu masuk utama.

2 comments:

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

Salam,
Kak Suraiya! Sedihnya tak berpeluang ke PBAKL 11 tahun ini, lebih-lebih lagi, hampir tidak pernah saya gagal menyertainya sejak usia 15 tahun ditambah kali ini ada buku tulisan sendiri pula.
Apapun semoga produk-produk GISB semuanya akan mendapat sambutan hangat, dan moga segala urusan di akhir-akhir waktu ini dipermudahkan oleh Allah.
Salam rindu untuk semua di GISB :)

SURAIYA PAUZI said...

Amin!