Tuesday, November 23, 2010

BATERI KERETA PUNYA PASAL

Pagi ini saya kalut hendak menghantar anak dan ke pejabat gara-gara bateri kereta dah mati. Mujur kebetulan suami saya tiba ke rumah dari pejabat jam tujuh pagi. Lalu saya memunggah beg anak dan barang-barang lain dari kereta saya ke kereta suami saya. Pagi ini saya memandu keretanya.

Setelah menghantar anak, saya terus berkejar ke pejabat. Ketika hampir tiba di pejabat, barulah saya teringat ... dalam terkocoh-kocoh itu access card pejabat saya tertinggal di dalam kereta di rumah.

Adus!

Saya tercangak-cangak di depan pintu masuk. Loceng ditekan berkali-kali, malangnya tiada siapa yang mendengar kerana tidak ada sesiapa pun di bawah.

Saya mendail nombor telefon pejabat, dengan harapan adalah orang yang menjawabnya.

Agak lama telefon berdering barulah berjawab. Alhamdulillah. Suara pun dah tahu siapa yang menjawabnya.

"Helo, Kak Aliyah, Suraiya ni,"

"Hah, kenapa?"

"Saya tak boleh masuk, kad tertinggal."

"Okey okey, tak apa, nanti Kak Aliyah turun buka ..."

Seketika saya menunggu di luar pejabat, kelihatan Hajah Aliyah Sijari menekan punat pintu masuk.

"Sorrylah ... kad saya tertinggal, hari ni tukar kereta."

Inilah pro dan kontra menggunakan access card. Juga pro dan kontra memilih masuk pejabat jam lapan pagi. Kalau memilih masuk waktu kerja jam sembilan sebagaimana kebanyakan staf lain, kebarangkalian sudah ada orang ada di dalam pejabat itu lebih cerah, tetapi risikonya jalan raya pasti sesak kalau lambat tiba ke pejabat.

Apa pun, terima kasihlah banyak-banyak kepada Hajah Aliyah yang membukakan pintu masuk. Moga dapat ganjaran pahala banyak sebab memang setiap orang berasa malas hendak turun dari tingkat paling atas kemudian kena naik semula.

1 comment:

abunyer said...

Hari tu... En. Mislan tertinggal access card dia, dia call saya... dan saya campakkan kad saya padanya melalui tingkap. Tak payah turun la Hajah Aliyah oi... (tapi tak apa, jangan mengamuk... senam kaki dipagi hari....) hik hik hik....