Saturday, November 6, 2010

HUJAN LEBAT DI MAJLIS KENDURI


Majlis perkahwinan sahabat lama saya, Saidah Mohamed dan pasangannya Bazari hari ni berlangsung dalam hujan lebat. Pun begitu, kami tidak kisahkan hujan yang mencurah kerana majlis ini menemukan teman baik sepengajian di ITM dulu.

Inilah pertama kali kami lihat pasangan pengantin yang pakaiannya tidak sedondon. Pengantin perempuan bertudung merah jambu-putih dan berbaju maroon gelap, manakala pengantin lelaki berpakaian peach.

"Tangkap muat je," jelas pengantin perempuan apabila diajukan soalan mengapa pakaiannya dan suami tidak sedondon.




Kali terakhir bertemu Norintan Khalid ialah enam tahun dulu di majlis perkahwinan saya. Rossila Abdullah, kali terakhir bertemu adalah di rumahnya di Mantin beberapa bulan dulu. Rosnah Buang juga saya bertemu di rumah Rossila di mana kami dijamu dengan mi kari yang enak. Dan pengantin sendiri kira-kira setahun dulu.

Pun begitu, sembang kami agak terbatas dalam suasana sedemikian. Pengantin perlu melayan tetamu, dan kami yang sudah berkeluarga dan berkerjaya ini perlu segera berangkat pulang bagi memenuhi tuntutan yang tidak dapat dielakkan.





Jika panjang umur dan ada rezeki, barangkali kita boleh rancangkan sesuatu untuk 'reunion' kecil-kecilan yang tidak formal.



Baju lembap - ambil kesempatan main air hujan!

Di bawah ialah foto-foto hasil tangan anakanda Ammar Hadi:

Yang di kanan sipi-sipi masuk sebelah muka saja.


















Dan foto lubang hidung dirinya sendiri seperti ini pasti ada setiap kali kamera di tangannya.

1 comment:

rossila said...

Kenangan terindah...seronok dapat berjumpa kengkawan di majlis saidah yg sweet tu..Semoga Berbahagia sehingga diakhir usia...and welcome to d' club...kita tunggu majlis kawan comel lagi sorang tu yek...