Thursday, May 5, 2011

TAK KENA BAYAR

"Saya nak tau, barang ni kena zakat ke tak?" soal saya sambil menghulurkan seutas rantai emas kepada pegawai di kaunter PPZ.

Dia tersengih menampakkan giginya yang sedikit jongang, "Tak kena bayar ni."

"Ya ke? Kot la kena pulak ... ."

"Kenapa, tak pernah pakai ke?"

"Tak pernah."

"Kenapa tak pakai?"

"Tak minat barang kemas." Pegawai itu semacam bingung dengan jawapan saya. Beli barang kemas tapi tak pakai. Ada juga perempuan yang tidak minat dengan kilauan barang kemas emas. Lalu saya menjelaskan, "Itu hantaran kahwin dulu. Memang tak pernah pakai, sebab tu nak tahu kena zakat ke tidak?"

"Sekali pun tak pernah pakai?"

"Tak."

"Oh ... ." Baru dia faham dan menimbang rantai emas saya. "Tak kena zakat. Timbangan tak cukup. Kalau tambah dua gram lagi baru kena," ujarnya sambil memulangkan rantai saya itu dan sekali lagi tersengih menampakkan gigi jongangnya.

"Alhamdulillah, terima kasih. Bukan apa saya takut berdosa tak bayar zakat tertunggak bertahun-tahun dah rantai ni." Sejak mendapat rantai itu sebagai hantaran kahwin (walaupun saya tidak memintanya) saya terus menyimpannya, tidak terpesona langsung hendak memakainya. Lainlah kalau dinar emas Kelantan yang menjadi minat saya. Tapi sehingga kini tidak berkesempatan memperolehnya kerana sukar didapati dan cepat pula sold out.

Saya meninggalkan kaunter dan pejabat PPZ yang kosong tidak berpelanggan itu dengan lapang dada. Bolehlah simpan saja rantai itu tanpa perlu memakainya.

2 comments:

intankhalid said...

Assalam Sue,
Bace entri kali ni...mengingatkan aku pada pengalaman yang lebih kurang sama.
Hujung tahun lepas, menemankan emak aku ke PPZ Melawati utk bertanyakan tentang zakat emas. Matlamatnya, utk kira dan bayar zakat emas di dalam simpanannya. Setelah ditimbang dan dibelek oleh Pegawai PPZ, emak aku tak perlu bayar zakat emas - tidak memenuhi syarat utk dikenakan zakat, katanya. Puaslah juga Pegawai PPZ tu menerangkan semula pada emak aku tentang syarat-syarat dan sebab musabah kenapa dia tak perlu bayar zakat. Emak aku jadi runsing sbb memikirkan dosa tak bayar zakat emas2nya tu :) peh tu fikirkan nanti kena tanya kat sana, dah beli kenapa tak pakai.
Emak aku pun, dulu2 membeli emas tapi jarang2 memakai sbb katanya gaya hidup sekrg amat berbahaya utk bergerak jika memakai barang kemas.
Cadangan aku pada emak, pakailah walau sekali dlm setahun ataupun jualkan aje...duit mungkin boleh buat belanja 'umrah'.

SURAIYA PAUZI said...

Salam intan,

Emas jangan jual. zaman ni lbh baik simpan emas daripada simpan duit.untungnya berkali ganda. Nilai emas tak susut, kalau susut pun sikit je, pastu naik balik dan naik naik. Sbb tu aku berniat nak simpan dinar emas skrg ni. Simpan dinar/dirham itu anjuran nabi SAW sendiri. Tp tu la sampai la ni tak dapat2 lg. Baru dapat dirham je.