Saya baru selesai menguruskan penerbitan buku Ustaz Amal yang ketiga berjudul TUHAN ITU DEKAT. Satu daripada babnya bertajuk Siapa Yang Kena? Dan semalam saya benar-benar terkena.
Semalam, seharian saya di PPUM bagi memenuhi janjitemu anak saya di Klinik Paediatrik (Klinik Kawasaki). Lama menunggu kerana kami sengaja pergi awal bagi mendapatkan nombor giliran. Lambat dapat nombor, bermakna lebih lama menunggu.
Pelbagai bangsa datang membawa anak masing-masing untuk mendapat rawatan doktor.
Seorangnya tidak dapat saya kenal pasti bangsanya. Raut wajah wanita ini ala-ala dari Amerika Latin, tetapi anaknya yang saya kira berusia sekitar tiga tahun pula berambut keriting halus ala Afrika ... wallahualam. Anak saya pula berkawan tidak mengenal bangsa, semuanya menjadi sahabat, berkejar-kejaran di bilik permainan dengan kanak-kanak sebaya, Cina, India, Melayu, Afrika semuanya kawan.
Anak, saya biarkan leka di bilik itu, saya di luar bersama ibu bapa lain menunggu nombor dipanggil. Sesekali menjenguk menengok keselamatan anak.
Ketika menunggu inilah mata saya benar-benar terkena. Bagai yang disebut oleh Ustaz Amal di dalam bukunya. Sepasang suami isteri Cina, yang masih muda bersama bayi mereka di dalam kereta sorong duduk di hadapan saya.
Adoi, doi ... si isteri ... boleh saja saya katakan 'separuh bogel'. Apa tidaknya nak kata dia pakai seluar pendek, tidak juga kerana saiznya jauh lebih pendek dan sendat. Seluar warna hitam itu sekadar cukup menutup 'garisan bikini'.
Saya merungut sendirian, 'Elok pakai seluar dalam je!'
Dalam hal berpakaian, saya lebih menghormati wanita bangsa India. Pakaian mereka lebih sopan. Belum pernah berjumpa wanita India berpakaian tidak senonoh seperti itu.
Saya maklum, budaya Cina yang memang gemar mengenakan seluar pendek, baik perempuan mahupun lelaki. Tetapi ibu muda semalam telah 'melampaui' kependekan seluar pendek yang lazim dipakai. Lebih buruk lagi, di situ berkumpulnya pesakit-pesakit kanak-kanak yang merakamkan setiap apa yang dilihat di dalam peta minda mereka. Apa yang dilihat akan kekal dalam peti ingatan! Apatah lagi pada usia ini perkembangan otak sedang pesat!
Janjitemu berikutnya ialah pada tahun hadapan. Saya berharap tidak lagi bertembung di situ dengan pasangan ini mahupun wanita lain yang berpakaian separuh bogel!
3 comments:
saya setuju. especially bab anak-anak kecil yang cepat absorb persekitaran mereka. apa nak jawab bila anak tanya, "kenapa dia pakai tak malu, ummi?" saya cuba terangkan pasal perbezaan orang islam dan bukan islam, tak tahulah ini cara yang betul atau tidak. yang risaunya, mula-mula dia bertanya tapi lama-lama dah tak tanya sebab dah 'biasa'..
Mynie,
Tu le kan. Saya selalu pesan kat anak, umur 6 thn sok, dh tak blh pakai seluar pendek. Bila dah besar pula, langsung dh tak blh pakai seluar pendek. Dosa.
Jgn tgk org pakai seluar pendek, dosa. Alih2 bila dia nampak org pakai pendek, dijeritnya orang tu 'Oi, jgn pakai seluar pendek, dosa.' Kita pulak yg malu...kua2.
Orang merokok pun sama dijeritnya, 'Oi, jgn merokok. Dosa tau ... .'
Salam,
kita boleh didik anak kita dirumah,namun persekitaran yang ada hari ini amat-amat tidak membantu. Paling penting adalah sentiasa kita kena jelaskan kepada anak-anak tanpa jemu, walaupun bila mereka telah tidak bertanya lagi
Post a Comment