Friday, June 18, 2010

TAK ADA NILAI!

Saya kerap merenung diri menilai solat fardu yang ditunaikan. Sejak solat pertama hinggalah kini dah tua ini, saya dapati satu pun tiada nilai. Sebab utamanya:

1. Seingat saya, tidak ada satu pun solat fardu saya yang benar-benar khusyuk!

2. Dulu-dulu, selalu solat hujung waktu.

3. Bacaan dalam solat pun rasa-rasanya tak berapa nak betul.

4. Zaman remaja dulu solat saya secepat kilat.

5. Wuduk saya juga tiada nilaian barangkali.

Itu cuma sebahagian sebab. Kesemuanya berkait rapat dengan hasutan syaitan yang belum berjaya saya tepis.

Saya sering mengeluh, jika beginilah keadaannya, bau syurga pun belum tentu dapat cium. Apatah lagi hendak jejak dan masuk ke dalamnya.

Wahai Suraiya! Tak usah engkau berangan masuk syurga selagi solat fardumu belum sempurna.

Itu solat fardu. Solat sunat tak payah cerita ... .

Macam mana ni? Kan solat itu tiang agama, kunci kepada segala keberkatan?

Aduh ... Ya Allah aku tak nak masuk neraka. Aku nak masuk syurga. Tapi setakat ini aku belum layak. Markah lulus belum tercapai lagi. Takat hidung pun barangkali tak cecah lagi!

Ya Allah Maha Pengasih. Engkau bantulah aku, hamba-Mu yang serba lemah dan hina-dina ini. Pimpin dan bimbinglah aku. Biarlah matiku nanti dalam iman. Amin.

2 comments:

Unknown said...

Ya Allah...Sue,
bergenang air mata bila baca posting kali,
aku sesungguhnya selalu juga berfikiran begitu,
rasa kecil amat sangat,
bisikan dan pengaruh syaitan hebat sangat,payahnya...
moga Allah SWT mengurniakan kemudahan utk kita memperbaiki solat dan moga terelak dari mati dalam keadaan tercabut iman dan lalai padaNya, amin amin ya rabbal alamin

SURAIYA PAUZI said...

intan,
Amin!