Saya diperkenalkan dan mengenali TEORI EVOLUSI DARWIN sewaktu di bangku darjah empat dalam subjek Sejarah.
Saya masih ingat lagi ilustrasinya di dalam buku teks sejarah itu. Gambar monyet yang beransur-ansur menjadi manusia.
Subjek Sejarah diperkenalkan pada murid-murid sekolah rendah ketika dalam darjah empat. Ketika mula-mula belajar bab yang menyentuh asal usul manusia ini, kemusykilan-kemusykilan muncul di benak kepala saya.
Saya membuat kesimpulan sendiri.
Saya masih ingat lagi ilustrasinya di dalam buku teks sejarah itu. Gambar monyet yang beransur-ansur menjadi manusia.
Subjek Sejarah diperkenalkan pada murid-murid sekolah rendah ketika dalam darjah empat. Ketika mula-mula belajar bab yang menyentuh asal usul manusia ini, kemusykilan-kemusykilan muncul di benak kepala saya.
Saya membuat kesimpulan sendiri.
Saya rasa diperbodohkan oleh topik ini. Mata hati saya menafikan kejadian manusia itu asalnya daripada monyet! Ini kerana saya acap kali membaca buku cerita nabi-nabi yang ayah saya sendiri tulis. Kisah Nabi Adam AS secara jelas mengisahkan sejarah kejadian manusia. Kita ini anak cucu Adam dan Hawa. Mana mungkin kita berasal daripada monyet, makhluk yang hina. Sedangkan kita ini makhluk mulia ciptaan Allah.
Jika benar manusia berasal daripada monyet, secara logiknya, tentulah monyet sudah pupus dari permukaan bumi ini, kerana mereka semua sudah bertukar menjadi manusia.
Boleh saja teori ini di‘reverse’kan: Manusia menjadi monyet! Di sini ada logiknya (mungkin akibat disumpah atau dilaknat Allah).
Bodoh benar Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memasukkan Teori ini menjadi sebahagian sukatan pelajaran sekolah rendah.
Teori Evolusi Manusia rekaan Darwin ini telah menjadi polemik sejak zaman-berzaman. Manusia berakal dan beriman sudah tentu menolaknya. Malah semakin ramai menafikannya dan mula membenarkan penjelasan kejadian manusia seperti yang termaktub di dalam al-Quran.
Allah sendiri mengiktiraf manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya yang paling mulia dan mengarahkan sekalian makhluk lain tunduk kepada kita.
Sesungguhnya kita ini ‘insan’ yang tercipta daripada nutfah nasab anak cucu Adam, melalui cinta Adam dan Hawa.
Sumber gambar: Library of Congress
3 comments:
Soooookkkooonnngggg Sue!
Sebetulnya, byk lagi yg mengarut...TAK tahulah apa matlamatnya mrk2 yg bijak pandai di Kem Pendidikan/ Pelajaran tu fikirkan. Bilalah agaknya semua ni akan BERUBAH kpd sesuatu yg lebih BAIK dan BENAR...tiada jawapan muktamad dlm kepala otak aku skrg ni :P
Betullah Intan ... kalu kita nak pk semua, kita pulak jd biol
penulis kreatif telah MENIDAKKAN isu ini; cuba dapatkan novel KASIH NAN AGUNG oleh Sri Rahayu Md. Yusop yang menang hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobil 2008 yang menyindir golongan yang terlalu mengagung Barat dan menyangkal teori Darwin ini. Karya yang hebat daripada pengarang muda, rakyat Malaysia wajib baca!
Post a Comment