Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-29 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu. Tahun ini memang ‘happening’.
Memang amat memenatkan, tetapi rasa gembira tetap ada.
Apa pun, ada satu perkara yang paling aku benci. Dah tiga tahun berturut-turut kami berkampung 10 hari di PWTC. Memang aku benci sungguh tentang satu perkara ini.
Jamban!
Minta maaflah kali ini bahasa aku agak kasar. Bahasa tulisan pun agak ‘pasar’. Dan membahasakan diri pertama ini dengan ‘aku’. Dan tandas atau bilik air aku gunakan istilah ‘jamban’ instead of tandas. Ini kira dah geramlah ni.
Sejak sekian lama dibina, ‘kecanggihan’ jambannya tak berubah-ubah sejak dulu. Teknologi dan tamadun orang UMNO gamaknya, dah bangunan pun diorang yang punya. Tak syariah compliant langsung.
Satu-satunya jamban yang memenuhi keperluan orang Islam ada di surau. Itu pun ada dua sahaja. Empat termasuk jamban di surau lelaki. Ada hose memudahkan orang Islam membersih diri. Itu pun, menjelang tengah hari air di lantai tandas surau ini berladung, bertakung dan bergenang ... sungguh menjijikkan dan menggelikan! Bak kata seorang teman, “Engko boleh berenang dalam air tu.”
Sudahlah begitu, pintu jamban surau ni pun dah reput dan seakan mahu tercabut. Bukan pintu jamban aje, pintu surau pun serupa. Dah tak hidraulik. Tempat letak kasut pun dah uzur.
Hellooooo....Pak Jib (PM kita ni) tak nak ambik tau ke masalah ni demi keselesaan rakyat jelata. Mana pergi 1 Malaysia tu, rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan. PWTC tu kan ke you all yang punya! Masalah nampak remeh tapi besar impaknya pada orang ramai.
Tak hairanlah apabila seorang teman yang juga wartawan, apabila berlangsung perhimpunan UMNO, katanya ada makcik-makcik dari kampung yang tak reti guna jamban. Malah katanya ada yang ‘membuang’ di lantai....ohhhh tu dia!
Selain jamban surau, jamban-jamban lain .... fuh jangan dikenang. Kalau nak cuci diri tekan punat di dinding dan air memancut dari saluran mangkuk jamban. Kalau nasib baik, air tu kena direct ke sasaran. Tapi kebanyakannya tak kena sasaran sebab saluran air tu dah senget, bengkok, kemek yang menyebabkan alirannya tak berapa padu dan lari.
Sapalah bikin jamban tu? Sapa punya idealah ‘cerdik’ benar? Apa, korang ingat punggung tiap orang tu free saiz ke macam baju? Ssemua sama saiznya?
Beberapa kali ketika di dalam jamban, saya dengar orang menyumpah-nyumpah tandas bangunan UMNO ni. Satu ketika lain, terdengar orang menjerit di bilik jamban selang beberapa pintu, ooooh rupanya dia tersalah tekan punat. Hendak tekan pam tertekan punat di dinding. Lalu air memancut dari saluran mangkuk tandas dan terkena pakaiannya. Kalau aku sendiri yang kena, pun aku akan menyumpah-nyumpah seperti itu.
Lagi satu, saya tak dapat bayangkan kalau ada mak-mak yang hendak membasuh berak kencing anak...macam mana ye? Kena bawa gayung atau botol air mineral sendirilah agaknya untuk tadah air. Memang menyeksakan.
Tu pasal kekadang aku sanggup lari ke seberang jalan bayar 20 sen masuk jamban Hentian Putra daripada menyeksa diri di jamban PWTC.
Aku yakin datuk-datuk, datin-datin dan sekalian VIP UMNO pun tak selesa dengan jamban ini. Ngaku je la!
Tak taulah kalau korang beristinjak dengan kertas tisu yang disediakan tu.
Hellooo, kita ni orang ISLAM, kita ni orang ME-LA-YU! Sampai bila nak guna jamban macam tu? Dalam hal ni, kita tak boleh nak '1 Malaysiakan'. Orang bukan Islam bolehlah guna tisu, tapi orang Melayu lebih-lebih lagi orang Islam guna air. Air yang ada tu, tak sesuai walapun air mutlak sebab pancutannya kena ke lain. Kekadang tak memancut pun.
Rugi pulak aku tak bawak kamera ambik gambar-gambar bukti untuk dimuatkan kat sini.
2 comments:
Wah! berapi2 angin Sue. Saya AMAT SOKONG...sebetulnya, building2 hebat di sekitar bandar2 hebat di Malaysia ni byk yg begitu.
Aku yg dah lama kerja dgn "Property Developer" ni pun masih tak faham apa rasionalnya bina jamban yg begini di negara ni...walhal, kita taklah kritikal dgn isu bekalan air.
Nak kata tanpa kemudahan air, lebih senang kontrol kebersihan jamban, taklah jugak sbb tisu2 yg digunakan utk bersuci tu bersepah2 dan kes org tak flush bila melepas hajat...:(
Nak kata dgn kemudahan air dlm jamban menyebabkan kekotoran dan kelecahan...itu memang tak patut!
Apa2 pun...kita kena cari jalan menyelesaikan isu2 begini.
betul tu sue...kesian makcik2 dr kampung..lepas tu bila jamban tu kotor nak salahkan org yg tak reti guna..tu la terlebih tamadun
Post a Comment