Thursday, March 18, 2010

BUKU-BUKU PILIHAN DI KLIBF 2010

Jika ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang bermula esok Jumaat 19-28 Mac ini. Jangan lupa singgah di gerai Galeri Ilmu. Booth kami bernombor:

B-01 di ruang legar.



Insya-Allah, diskaun menarik menanti pengunjung! Buku-buku baru terbitan Galeri Ilmu semuanya menarik. Suka saya syorkan buku-buku kegemaran dan menjadi pilihan saya.



NOVEL AWAL REMAJA





Entah kenapa saya rasa jalan cerita PUTU MAYAM SATU! ini terlalu 'cute'. Ceritanya menarik dan mudah dihadam kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.



NOVEL REMAJA





Amat sesuai untuk bacaan remaja peringkat menengah. Sesuai dengan jiwa remaja yang sering dilanda konflik diri.






NOVEL DEWASA




Oooo yeah DINGIN SALJU INDIANA & PERINDU PELANGI merupakan dua novel terbaik pada pandangan saya. The best among the best.




BUKU DEWASA (UMUM, MOTIVASI, AGAMA)


Saya cukup syahdu membaca memoir Pak Nora ini. Pengalamannya, suka dukanya menjadi sebahagian latar hidup beliau di Kuala Lumpur--cukup menginsafkan.







Lagi karya Ustaz Cinta (Hasrizal Abdul Jamil/Saifulislam.com). Antara MURABBI CINTA (ATN 3), saya lebih menyukai SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. Suka dukanya sepanjang menghuni bumi Turki benar-benar membuka mata pembaca.


100 KISAH KEHIDUPAN merupakan Chicken Soup For The Soul versi Melayu. Himpunan kisah-kisah benar yang menyentuh, membelai dan menjernihkan jiwa. Sesiapa yang tidak suka bacaan berat, maka 100 KISAH KEHIDUPAN ini amat sesuai untuk anda. Ia bacaan santai namun sarat dengan pengajaran.

2 comments:

SMM said...

Salam Kak Suraiya,
Saya singgah di booth Galeri Ilmu petang Khamis tapi tak berkesempatan jumpa Kak Suraiya.. Saya beli beberapa buah novel, termasuklah Dingin Salju Indiana dan Perindu Pelangi. Cuma terlupa nak cari dan belek siri Mari Berfikir. Balik rumah tengok katalog baru teringat. Lain kali pula..

SURAIYA PAUZI said...

Mynie:
O ye? Saya syif pagi, petang cabut baliklah...penat berdiri hampir 8 jam tiap hari.

X pa la. Ada rezeki jumpa lain kali. Selamat membaca.