Wednesday, February 3, 2010

REMINDER

Ini reminder yang ada dalam telefon bimbit saya:

Reminder no.5 - Air ats dapo (air atas dapur).

Ini reminder saya semasa pulang ke Kota Bharu. Mak mentua guna cerek manual tanpa wisel untuk jerang air atas api dapur. Setiap kali jerang air saya lupa tutup api apabila air mendidih. Inilah akibatnya apabila sudah terbiasa menggunakan cerek elektrik automatik di rumah sendiri (ooops rumah yang saya duduk sekarang pun milik mentua).

Reminder no.6 - Toiletries.
Ini reminder saya supaya tidak lupa membawa peralatan kebersihan diri apabila pulang ke kampung (berus gigi, ubat gigi, floss gigi, syampu dll.)

Reminder no.7 - Beli beras.
Ini reminder apabila emak kirim beli beras.

Reminder no. 9 - Grg codok (goreng cekodok).
Ini reminder supaya pagi-pagi tidak lupa goreng cekodok pisang anak yang semalamnya pesan esok nak bawa bekal cekodok pisang ke sekolah. Dia menyebutnya ‘codok’.

Reminder paling banyak: Smph (sampah).
Ini reminder supaya tidak lupa buang sampah pada hari lori sampah datang pungut sampah. Kerana malas nak padam reminder ‘smph’ terdahulu, maka saya asyik buat reminder baru hingga penuh ruang reminder dengan smph, smph, smph (reminder yang penuh sampah-sarap).

Selebihnya reminder tarikh hari lahir kawan-kawan. Tepat jam 12 malam (atau lebih sikit), saya akan SMS ucap selamat kepada mereka.

Ini pula reminder dalam telefon bimbit saya yang satu lagi (berusia lapan tahun dan sudah sedikit biul, tetapi saya masih menggunakannya):

Reminder no. 7 - Smpn gulai dlm peti (simpan gulai dalam peti).
Ini reminder saya takut gulai yang penat-penat dimasak sebelah malamnya basi sebab tak ada sesiapa di rumah untuk perangatkannya. Jadi untuk menyelamatkan gulai itu, masukkan dulu gulai ke dalam peti sebelum keluar ke pejabat.

Reminder no. 8 - Brg shell (borang Shell).
Ini reminder saya untuk mengisi borang peraduan Shell dan masukkan ke dalam kotak di mana-mana Stesen Shell. Peraduan yang tak pernah menampakkan hasil. Tapi isi juga lagi sebab rezeki semuanya datang daripada Tuhan.

Reminder no. 9 - Amik bku akaun smua (ambil buku akaun, semua).
Ini reminder saya apabila hendak ke bank, buat deposit bulanan.

Reminder paling menggelikan hati saya: Balik Malaysia.
Ini reminder dalam telefon bimbit adik saya semasa dia ke Syria beberapa tahun dahulu. Takut terlupa balik Malaysia. Telefon itu kami ‘swap’ dan sudah ‘inna lillah’.

Akibat reminder-reminder ini, ingatan saya makin lemah. Otak jadi tumpul sebab makin jarang digunakan, dek teknologi. Dahulu untuk bangun pagi saya tidak perlukan penggera. Cukup dengan tengok jam sebelum tidur dan set dalam otak nak bangun pukul berapa. Tepat jam itu, saya terjaga.

Sekarang hampeh! Alarm telefon bunyi berkali-kali pun tak celik-celik...lagi-lagi snooze dan snooze dan snooze. Sedar-sedar dah lewat.

P.S: Hari ini hari lori sampah datang. Saya terlupa keluarkan sampah dari rumah sebab terlupa buat reminder dalam telefon bimbit. Punggahhhh ... (pinjam istilah En. Abu).

1 comment:

Mommy Lyna said...

salam Kak,

sampai ke blog akak dari hasil google taska hasanah, saya igt nak survey2, bole akak emel saya tak?

mommy@fahry.net

tQ!

wassalam